
PAS bukan lagi parti Islam sebab menukarkan dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan kata DR. Hassan Ali semasa menyampaikan ceramah di Program Bicara Ummah di Dewan Tun Razak Temerloh. Program ini diadakan atas jemputan warga Temerloh.
Program yang diadakan semalam mendapat sambutan menggalakkan dari warga Temerloh dan dianggarkan seramai 1,200 orang membanjiri Dewan Tun Razak Temerloh. Dr. Hassan Ali pada mula ceramahnya membicarakan tentang perihal ummah pada masa kini dan pengalaman hidupnya serta kisah keluarganya.
Tidak ketinggalan Dr. Hassan Ali membicarakan tentang isu pemecatan beliau dari PAS. Dr. Hassan Ali menganggap PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asalnya. Malahan bukan itu sahaja PAS mengikut telunjuk DAP dan PKR. Dr. Hassan Ali berkata, dia dipecat kerana mahu menegakkan Islam seperti mana yang menjadi dasar perjuangan PAS tetapi kenapa PAS sendiri menjadi penghalangnya.
Ini membuktikan bahawa PAS mengikut telunjuk PKR dan DAP demi mencapai kepentingan Politik mereka untuk menapak di Putrajaya. PAS juga mengikut telunjuk Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri. Tuan Ibrahim pun sudah pandai tumpang sekaki menyakitkan hati Dr. Hassan Ali.
Kita doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada Dr. Hassan Ali meneruskan perjuangan mempertahankan Akidah, Syariah dan Akhlak. Semoga perjuangan beliau demi memartabatkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja) mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari parti politik mana samada UMNO, PAS dan PKR.






0 comments:
Post a Comment