
Desas desus Haji Hadi tidak mahu bertanding menggemparkan negara terutama kepada pengalisis politik di kedai-kedai kopi. Ada yang kata elok sangat beliau berhenti kerana beri peluang kepada muka baru. Ada yang kata beliau mahu berhenti kerana selama ini beliau hanya jadi boneka PAS sahaja tetapi yang lebih berkuasa adalah Nik Ajis. Ada yang kata itu semua adalah sandiwara Haji Hadi yang mahu test power atau menguji pasaran dan mahu melihat respon pemimpin dan pengikutnya sahaja.
Sebelum ini ada yang melambung-lambung Haji Hadi terlalu tinggi dan menganggap beliau yang layak menjadi Perdana Menteri berbanding dengan DSAI yang dicop rakyat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral. Barang kali lambungan terlalu tinggi menyebabkan Haji Hadi gayat dan tidak mahu rakyat dan pengikutnya menaruh harapan yang terlalu tinggi.
Dalam satu keadaan ada yang minta Haji Hadi jangan berhenti kononnya beliau adalah aset PAS tapi dalam masa yang sama berkata jika mahu berhenti, ada ramai lagi calon yang layak menggantikan Haji Hadi.
Apa-apa pun keputusan Haji Hadi, beliau tetap akan dicop sebagai insan yang merosakkan PAS kerana menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Inilah akibatnya kalau menjadi parti yang mengikut telunjuk parti lain. Usia pun sudah meningkat, eloklah Haji Hadi berehat dan bertaubat.






0 comments:
Post a Comment