
Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia yang diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai 20,000 orang telah hadir ke jamuan tersebut. Sesungguhnya “Gelombang Biru” sedang melanda Indera Mahkota.
Indera Mahkota dijangka akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional kerana penduduk DUN Beserah dan DUN Semambu dalam Parlimen Indera Mahkota rasa tertipu dan dikhianati apabila wakil rakyat PKR, Azan Ismail yang memenangi kerusi Parimen Indera Mahkota tidak berkhidmat dengan baik malah terlalu sukar untuk ditemui.
Masalah dalaman poltik yang dihadapi oleh Azan Ismail tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kini segalanya sudah terlewat, rakyat sudah tanam dalam fikiran mereka bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh diharap. Sebelum pilihan raya pembangkang berjanji macam-macam tetapi selepas menang pilihan raya, batang hidung pun susah nak nampak.
Namun rakyat akan memaafkan Azan Ismail sekiranya beliau keluar daripada PKR dan mendedahkan penyelewengan dan kebiadaban kepimpinan PKR. Apatah lagi kesangsian rakyat adalah terlalu tinggi terhadap masalah moral Anwar. Tindakan keluar dari PKR adalah tindakan bermaruah berbanding menjadi pemimpin melukut di tepi gantang. Sampai bila Azan Ismail mahu dipermainkan, dicemuh dan dihina oleh kepimpinan PKR.






0 comments:
Post a Comment