Rais Yatim nafi dakwaan rogol pembantu rumahCara isu ini dimainkan oleh sesetengah laman blog dan parti pembangkang macam macam ia KISAH BENAR. Dakwaannya memang amat serius.Ini kerana seorang menteri dalam kerajaan didakwa konon telah merogol pembantu rumahnya pada bulan Februari 2007 tetap kes itu dipengap oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi.
Malah nama menteri itu telah disebut sebagai Datuk Seri Rais Yatim. Sejak isu ini berbangkit Rais hanya mendiamkan diri. Malah kerajaan tidak membuat sebarang kenyataan.
Pagi ini Rais hadir mesyuarat kabinet pertama di pengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tahun 2011 di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Awal petang ini Bernama melaporkan rais menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.
(Kata Aku Waris Pahang :
Sudah jelas bahawa bukan Rais yang merogol kerana beliau telah menafikannya di mesyuarat kabinet tadi. Pembangkang telah merogol pemikiran rakyat seolah-olah isu ini benar.
Laporan Polis wajar dibuat terhadap pihak yang menabur fitnah termasuk blogger dan pemilik FB pembangkang.
Kita mudah sangat percaya dengan berita yang belum tentu sahih. Siasat lah dulu samaada betul atau tidak. "Orang Islam Benci Fitnah".
Berhati-hatilah dengan pembangkang kerana mereka yang kelaparan hanya tahu membaham sahaja).






0 comments:
Post a Comment