Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei, Datuk Ahmad Maslan menganggap sesi dialog sudah mencukupi untuk mencari penyelesaian bagi isu itu, tetapi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkeras mencabarnya berdebat.Ahmad Maslan berpendapat, menerusi berdialog mereka mempunyai masa lebih lama untuk mendengar dan menyelesaikan masalah. Dia juga menafikan takut untuk berdebat. “Saya bukan takut nak berdebat. Dengan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat pun saya sudah berdepan. Tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau debat hanya sejam atau dua jam, susah nak selesaikan masalah.
“Dialog pula seharian pun boleh. Kalau tak puas hati dengan sesuatu perkara, kita boleh bawa pegawai jelaskan. Tak cukup satu hari boleh jadikan dua hari. Tapi debat, tak kan pula nak buat dua hari,” kata Ahmad Maslan. (Sumber : Agendadaily)
(Kata Waris Pahang :
1. Syukur Ahmad Maslan tidak terpengaruh dengan ajakan Mazlan Aliman yang mahu berdebat. Sebenarnya dia bukan mahu berdebat tetapi mahu jatuhkan air muka kamu (Ahmad Maslan ) di khalayak umum.
2. Perangainya yang mahu menjadikan rakyat sebagai hakim umpama strategi Anwar. Adakah ini bermakna kamu tidak percaya dengan sistem kehakiman negara?. Jumpa sahaja di mahkamah, bila kalah nanti dan tiada duit nak bayar RM 200 juta cubalah minta dengan Bang Nuar.
3.Bila masa pula kerajaan kata semua masyakarat Felda tidak tahu bersyukur dan tak tahu berterima kasih. Memang tidak dinafikan ada 'segelintir' daripadanya yang tidak tahu bersyukur kerana termakan hasutan pembangkang (petualang).
4.Baguslah Mazlan Aliman mengaku dan sedar yang dia datang ke Felda sejak berusia dua tahun dibawa masuk oleh ibubapa ke tanah rancangan Felda. Tahukah Mazlan Aliman, Felda dibuka untuk membasmi kemiskinan tegar suatu masa dulu, kini bagaimana dengan kehidupan Mazlan?. Adakah Mazlan pejam mata sahaja dengan kemajuan di Felda?.
5. Berdialog adalah lebih baik kerana berdebat sebenarnya nak cari publisiti murahan sahaja, bukan mahu menyelesaikan masalah. Jangan layan sangat budak meroyan ini, kita tengoklah sahaja nanti dia meroyan di mahkamah).






7 comments:
Elok Mazlan Aliman bertanding sahaja di Johor dalam PRU 13, jangan ganggu dan pecah belahkan rakyat Pahang.
Salam Waris..
Ini isu mendapat bantahan ramai terutama dikalangan Peneroka peneroka..kome pun berasa sungguh terasa juga meski pun kome generasi ke 2 FELDA..
Kita sama-sama tengok siapa yang meroyan di mahkamah.
Dailog atau debat buat rugi masa saja.
sokong lompinlai kita tengoklah nanti.
relevan, WP juga terasa juga, WP pernah tinggal di Felda dan masih ingat kesusahan masa dahulu berbanding sekarang.
Sikit-sikit masalah tu biasalah, boleh diajak berbincang, tapi mereka ni ada kepentingan lain-politik.
Masalahnya sampai sekarang belum dengar lagi saman difailkan. Yang ada hanyalah mainan media arus perdana konon nak tuntut saman 200 juta kalau Keadilan tak tarik balik. Keadilan dah pun buat statement tak akan tarik balik dan mahu jumpa di mahkamah, masalahnya saman belum kedengaran difailkan.Betul ke berani saman atau sekadar meraih simpati orang ramai terutama masyarakat luar bandar yang hanya bergantung pada media arus perdana sebagai sumber maklumat mereka. Ni lah taktik UMNO selamanya..... alahaiiii UMNO
Terima kasih maklum saman belum difailkan, kalau BN berani samanlah Suara Keadilan.
"Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".
Saya sendiri berborak dengan warga emas peneroka Panching Timur..Beliau tidak percaya dengan khabar angin mengatakan felda bangkrap..Itu semua adalah fitnah..
Post a Comment