SAHABAT 1MALAYSIA

KITA WARISI PERJUANGAN NENEK MOYANG KITA TERDAHULU. BERUBAHLAH SEBELUM SEGALANYA DIUBAH. SELAMATKAN PAHANG DEMI AGAMA, BANGSA, NEGARA SERTA ANAK CUCU KITA DI MASA HADAPAN.

Sunday, March 4, 2012

Video : Bantah Seks Bebas

Ulang Siar Video : Lynas Selamat, Penduduk Disajikan Maklumat Palsu


Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.

Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."

Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

Karam Singh Walia, TV3.

Saturday, March 3, 2012

Bio-ICT Pahang : Jangan Bodoh Seperti Pembangkang


Majlis Perasmian Karnival Bio-ICT Pahang 2012 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 02 Mac 2012 (Jumaat)di Hotel Zenith Kuantan.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapannya dihadapan 1,000 peserta, beliau menggesa semua pihak menerokai bidang ICT jika tidak kita akan ketinggalan dan negara tidak maju.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan Tranformasi dalam pelbagai bidang maka seharusnya rakyat melakukan Tranformasi Diri jika ingin maju. Tranformasi bermaksud Hijrah dan Hijrah itu bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dalam konteks yang lain, Hijrah beerti keluar dari kegelapan kepada keadaan yang lebih baik. Melaksanakan kerja yang cekap dan bijaksana. Maka dalam dunia Bio-ICT kita perlu pantas menguasainya bagi menjana ekonomi. Produk handphone contohnya, bertukar dengan pantas dan ada sahaja jenis baru dikeluarkan sehingga satu syarikat yang terkemuka di dunia dalam pengeluaran handphone telah ketinggalan kerana gagal melakukan perubahan baru.

Syukur Alhamdulillah, perkembangan Bio-ICT Negeri Pahang berjalan dengan baik. Namun masih ada lagi rakyat Negeri Pahang yang berfikiran kolot dan tidak terbuka kerana termakan dan terpedaya dengan pembangkang. Apabila pembangkang bantah Lynas mereka turut sokong sedangkan pembangkang sendiri tidak memahami apa itu radiasi. "Pembangkang Bodoh Bantah Lynas".

Friday, March 2, 2012

Karnival Bio ICT Pahang 2012


Hari ini akan berlangsung Karnival Bio-ICT Pahang 2012 di East Coast Mall, Kuantan, Pahang. Karnival ini bermula 2-4 Mac 2012 (Jumaat-Ahad) jam 10.00 pagi-10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan menanti anda antaranya:

1) 94 Booth PC Fair, pameran biotek dan ICT
2) Perjumpaan artis dengan peminat,
3) Raja Lawak,
4) Chit-chat Saladin,
5) Chit-chat berkenaan Fotografik oleh Kukubesi,
6) Cabutan bertuah
7) Laptop percuma, broadband dan gadjet ICT PERCUMA
8) Tiket melancong ke 7 Wonders Of The World,
9) Astro TVIQ
10) Pertandingan Fotografi
11) Pertandingan Kuiz
12) Seminar Jalur Lebar, ICT & Bioteknologi secara PERCUMA (Zenith)

Majlis Perasmian Karnival Bio ICT Pahang 2012 akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada hari ini 2 Mac 2012 (Jumaat)di Dewan Organza The Zenith Hotel Kuantan jam 2.45 petang.

Marilah kita beramai-ramai hadir memeriahkan Karnival Bio ICT ini dan sudah tentu banyak ilmu dan manfaat yang kita akan perolehi. Moh Lah Weh!.

Thursday, March 1, 2012

Fairus Nak 'BONGKAR' Di Kuantan


DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN, Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan menyampaikan ceramah "BONGKAR" di Padang Awam, Taman Seri Mahkota JAya, Batu 11, Jalan Gambang Kuantan pada 2 Mac 2012 jam 8.45 malam.

DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN dijangka akan membongkarkan isu-isu yang berkaitan dengan Anwar, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dan PAS yang tunduk dengan DAP dan lain-lain lagi.

Marilah kita beramai-ramai hadir ke Ceramah 'Bongkar'tersebut. Jangan lupa bawa saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ke program ceramah tersebut.

Friday, February 24, 2012

Penduduk Kuantan Alu-Alukan Kedatangan Hasan Ali Malam Ini


Marilah kita beramai-ramai memenuhi Padang Perkampungan Sungai Isap Kuantan malam ini (24 Febuari 2012) jam 9.00 malam menyaksikan ceramah 'Bicara Ummah' yang disampaikan oleh Datuk Dr.Hasan Ali.

Sebelum ini Dr. Hasan Ali telah menggegarkan Temerloh dan Jengka dan kini peluang orang Kuantan pula menyaksikan ceramah beliau. Tidak kiralah apa pegangan parti politik kita, apa yang penting kita mendengar sendiri penjelasan dari Dr. Hasan Ali berkenaan perjuangan beliau memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja.

Ramai sedia maklum, ada pihak yang tidak senang dengan road show Dr. Hasan Ali kerana mereka gusar sekiranya terbongkar rahsia-rahsia pakatan jahat mereka mahu menawan Putrajaya. Dalam ceramah yang diadakan sebelum ini Dr. Hasan Ali telah mendedahkan yang tersurat dan yang tersirat. Semoga ceramah beliau pada malam ini dapat merungkaikan apa yang terselit.

Diharapkan penyokong PAS, UMNO, PKR dan penduduk di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota dapat meluangkan masa ke Program 'Bicara Ummah' yang diadakan pada malam ini.Jangan lupa ajak bersama kaum keluarga dan sahabat handai serta jiran-jiran ke program BICARA UMMAH ini.

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Tak Mahu Saman Wall Street Journal


Apa maknanya jika Anwar tidak mahu saman Akhbar Wall Street Journal?. Ini membuktikan Anwar memang sah mengiktiraf negara Israel dan mahukan keselamatan negara itu terjaga.

Malaysia tidak pernah mengiktiraf Negara Israel. Sila lihat pasport anda, termaktub dalam pasport : "Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali ISRAEL". Tiba-tiba Anwar menyokong pula Israel.

Menyokong negara Israel beerti menyokong kezaliman yang dilakukan oleh puak Yahudi itu terhadap umat Islam Palestin. Ini beerti menyokong Anwar samalah menyokong Israel.

Janganlah terpedaya dengan mainan Israel. Janganlah menyokong mereka yang menyokong Israel kerana mereka adalah musuh Islam dan mahu merosakkan umat Islam di Malaysia.

BR1M Bukan Rasuah


Kerajaan memberi pelbagai bantuan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi. Kita bertuah kerana kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dengan bebanan ditanggung oleh rakyat ketika ini.

Kerajaan tidak membuat pinjaman dengan bank dunia sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak untuk memberi bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya kerajaan menggunakan simpanan sendiri.

Ada sesetengah pihak pula dikelirukan kononnya bantuan BR1M adalah rasuah. Mereka menabur dakyah-dakyah kononnya bantuan BR1M adalah untuk memancing undi.Jika mereka menganggap BR1M adalah rasuah maka adalah tidak wajar mereka menerimanya.

Bantuan BR1M sebenarnya bukan rasuah, sebaliknya ia adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.Bantuan itu diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang kaum dan ideologi politik.

NELAYAN PAHANG BENCI FUZIAH SALEH?


Pada 21 Januari 2012(sabtu) iaitu sebulan yang lalu telah berlangsungnya Program Ihsan Samudera di Kampung Tanjung Lumpur Kuantan. Program Ihsan Samudera dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. Program ini bertujuan membantu rakyat terutama golongan nelayan. Seramai 20,000 orang membanjiri Program Ihsan Samudera ini.

Program ini juga memberi peluang kepada golongan nelayan berjumpa sendiri dengan kepimpinan negara terutamanya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. Antara harapan Perdana Menteri ialah mahu anak-anak nelayan mencapai perubahan yang besar dengan pemikiran baru supaya mereka tidak merendah diri walaupun bergelar anak nelayan. Contoh yang dapat dilihat adalah YAB Menteri Besar Perak adalah merupakan anak nelayan dan ia merupakan bukti melalui usaha yang gigih anak nelayan boleh berjaya dalam kehidupan.

Merujuk kepada petikan kata-kata Menteri Pertanian dan Asas Tani, kerajaan telah memperuntukkan RM1.5 billion kepada golongan nelayan.Antara insentif atau bantuan yang diterima oleh golongan nelayan ini ialah Subsidi diesel sebanyak RM1.25 seliter (berbanding biasa RM1.80), RM200 kepada nelayan yang tidak turun ke laut, Skim Bantuan Perumahan (Bajet 2012) sebahagian daripada RM300 juta kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh Negara dan borang telah disalurkan melalui Persatuan Nelayan tempatan. Sebanyak RM5000-RM10,000 diperuntukkan untuk penambahbaikan sesebuah rumah, Perdana Menteri merujuk kepada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Oktober lepas.

Melalui usaha Yayasan 1MDB melalui Kementerian Kewangan dan Yayasan FELDA bertujuan untuk menokok tambah dalam bentuk sumber kewangan, keseluruhan sumbangan adalah berjumlah RM1.5 juta. Melalui program ini membuktikan kerajaan mendahulukan rakyat dan merealisasikan Prinsip Keadilan Sosial.

Kerajaan benar-benar menjiwai nasib golongan nelayan dan sanggup memperjuangkan nasib mereka supaya mendapat masa depan yang lebih baik.Perubahan ketara yang dapat di lihat selepas program ini ialah sudah ramai golongan nelayan yang sedar siapa sebenarnya yang mampu membantu mereka. Pembangkang hanya pandai menabur janji sahaja.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH